Thursday, April 24, 2008


STATUSNYA sebagai kakak kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza menjadikan Saida antara peserta emas dalam Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6).

Apa tidaknya, dirinya merupakan antara tarikan utama AF kali ini. Saida dikatakan menjadi ‘umpan’ dalam AF6 untuk pengajur menarik perhatian khalayak. Sungguhpun begitu status itu tidak menjamin kemenangan berpihak kepadanya apabila dia disingkirkan pada minggu kelima, Sabtu lalu.

Kurangnya keyakinan diri setiap kali berada di pentas persembahan dikatakan antara penyebab utama ibu beranak empat ini tersingkir. Perkara itu turut dipersetujui oleh empunya diri, malah menurutnya Siti pernah menasihatinya supaya mengeluarkan suara serta jangan terlalu segan di atas pentas.

“Masalah paling utama ialah saya gementar apabila berada di pentas. Sebab itu saya tidak dapat kawal diri. Lagipun AF merupakan platform pertama saya membuat persembahan di hadapan ribuan penonton. Saya akui juga perlu banyak latihan lagi kalau mahu jadi lebih bagus,” katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas tersingkir kelmarin.

Tohmahan negatif
Perasaan terkejut dan tidak bersedia antara penyumbang kepada kegagalannya untuk mara lebih jauh walaupun penyingkirannya bagai sudah diramal oleh peminat setia program realiti ini.

“Bayangkan saya pergi uji bakat sebab teman adik saya Siti Saerah saja. Alih-alih saya pula yang dapat. Mestilah terkejut, sampai tidak lena tidur dibuatnya. Tetapi saya lakukan semua ini kerana minat dan setelah dapat restu suami. Kalau dia tidak izinkan saya pun tidak akan pergi,” ujarnya mengikis segala cerita negatif yang diperkatakan tentangnya.

Sudi buat album
Wanita yang berumur 32 tahun ini menegaskan, penyingkiran ini bukannya petanda aras yang menandakan bidang seni ini bakal berkubur buatnya. Sebaliknya dia menjadikan itu semua sebagai pemangkin untuk terus bekerja keras dalam bidang berkenaan.


SELAMAT tinggal….detik-detik terakhir Saida di pentas Akademi Fantasia 6.

“Saya akui terlewat menceburkan diri dalam bidang seni, tetapi kalau ada peluang datang untuk merakamkan album saya tidak menolak. Kenalah tengok kesesuaian konsep album terlebih dahulu.“Saya juga tidak pasti bila. Kita tengoklah peluangnya macam mana. Tetapi apa juga yang dilakukan, saya akan tetap utamakan keluarga terlebih dahulu,” luahnya lagi.

Dia yang meminati genre lagu balada, pop rock dan asli mengatakan pengalaman berada dalam akademi antara pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya. Menimba ilmu, belajar bersama teman-teman dan dalam masa yang sama menanggung kerinduan yang sarat kepada anak-anak di rumah, adalah momen manis yang akan terus tersimpan dalam album kenangan.

“Sekarang baru saya tahu bukan senang untuk menghiburkan orang, banyak perkara yang perlu saya perbaiki sebelum berjaya ke tahap itu. Tenaga pengajar juga banyak membantu saya untuk memperbaiki kelemahan diri dan saya terkilan juga kerana tidak habis belajar seperti rakan-rakan lain yang masih tinggal,” katanya.

Dalam pada itu, sungguhpun kesedihan menyelubungi jiwa wanitanya kegembiraan juga terserlah kerana dapat bertemu kembali dengan keluarga yang lama ditinggalkan.

“Sedih itu memanglah sedih sebab belajar separuh jalan. Gembira pun ada sebab jumpa keluarga dan anak-anak. Memang selama di akademi saya rindukan mereka,” tuturnya jujur.

Berbeza dengan Siti
Mungkin kerana dia kakak kepada Siti Nuhaliza, oleh kerana itu sejak kemunculannya dalam AF, dirinya sering dijadikan bahan perbandingan dengan Siti.

Lalu Saida mohon pengertian agar dirinya diadili dengan cara yang selayaknya.

“Masuk AF ini saya tidak rancang, malah saya juga bukan penyanyi profesional seperti adik saya. Kalau nak bandingkan saya dengan dia, memanglah kami berbeza. Kadang-kadang saya terasa juga bila orang cakap macam-macam hanya sebab saya kakak Siti Nurhaliza. Tetapi apabila fikir balik, dia terlebih dahulu menceburkan diri dalam bidang seni mestilah dia lagi bagus dan saya juga perlu ambil ilmu daripada dia,” ujarnya.

Apabila ditanya, siapakah antara pelajar AF yang dirasakan bakal menuju ke peringkat yang lebih jauh, Saida dengan spontan menyebut nama, Stacy, Nadia dan juga Riz. Tiga nama ini dikatakan lebih menonjol dan punya kehebatan untuk bergelar juara AF6.

“Mereka antara yang konsisten serta bersungguh dalam apa yang mereka lakukan, tetapi itu hanya berdasarkan pemerhatian saya sahaja, keputusannya pastilah ditangan pengundi,” ujar lagi.

Pastinya setelah wajahnya terpampang di kaca televisyen saban hari, banyak perubahan yang berlaku ke atas dirinya.

SEDIH meninggalkan rakan-rakan di AF6 tetapi gembira kerana kembali ke pangkuan suami dan anak-anak. Isteri kepada Mohd. Ghazali Yahya Zikri tanpa berselindung mengakui situasi tersebut, jelasnya paling ketara ialah dia kini lebih berkeyakinan daripada dahulu.

“Saya pemalu sangat, dan apabila muncul dalam program ini, itulah perubahan besar yang saya rasakan sepanjang berlangsungnya AF,” bicaranya lagi. Selepas ini, kerjaya seni Saida akan diuruskan oleh Maestro Talent Management, kemudian dia akan teruskan kembali kerjanya seperti biasa sebagai Pengurus Kewangan di Siti Nurhaliza Production (SNP).

No comments:

Quotes

"Beliefs have the power to create and the power to destroy. Human beings have the awesome ability to take any experience of their lives and create a meaning that disempowers them or one that can literally save their lives."

"For changes to be of any true value, they've got to be lasting and consistent."

"How am I going to live today in order to create the tomorrow I'm committed to?"

"I challenge You to make your life a masterpiece. I challenge You to join the ranks of those people who live what they teach, who walk their talk."

"I've come to believe that all my past failure and frustration were actually laying the foundation for the understandings that have created the new level of living I now enjoy."

"If You want to be successful, find someone who has achieved the results You want and copy what they do and you'll achieve the same results."

KONSERT AF

Konsert Akademi Fantasia 1 22-Mar Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 2 29-Mar Saturday, 2100

Konsert Akademi Fantasia 3 5-Apr Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 4 12-Apr Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 5 19-Apr Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 6 26-Apr Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 7 3-May Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 8 10-May Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia 9 17-May Saturday, 2100
Konsert Akademi Fantasia (FINAL) 10 24-May Saturday, 2100